Kenangan aku menjalani ibadah umrah masih segar di ingatan. Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa 'ujian' Allah yang gagal aku tempuhi. Namun itu semua akan aku jadikan pengajaran pada masa akan datang. =')
Aku sangat bersyukur kerana ketika itu orang tidak ramai mengerjakan umrah. Aku berpeluang melakukan ibadah dengan tenang dan selesa Alhamdulillah. Sebelum ke Makkah, kami melawat Kota Madinah. Cuaca pada masa itu agak panas. Mencecah sehingga 40 darjah dan ke atas. Angin pun terasa bahang panas. Setiap lawatan memang menyentuh jiwa aku. Sirah yang pernah aku pelajari dulu terasa seperti jelas berlaku di depan mata.
Addicted to this kayu sugi
Susu unta yang ummphh!
di saat sebelum kepala dibotakkan.. haha
--
--
--
AND
:)
Kurang orang kan. Gamba aku yang background macam ni boleh hilang
pulak. Sedihnya.. huhu. Adik aku yang kecik ni sangat beruntung, ini dah kali ke-3
dia buat umrah. Dah boleh guide orang. ehe
p/s: berharap agar kita semua sama-sama berpeluang melakukan ibadah umrah dan haji terutama pada usia yang muda ini :)
No comments:
Post a Comment
Comment here!